📝 Daripada Amirul Aliif
1. Jangan Terikat dengan 'Template Jawapan'
Kesalahan yang sering dilakukan oleh kebanyakan calon temuduga adalah terlalu bergantung kepada 'template jawapan' yang telah disediakan sebelum sesi temuduga. Calon sering terjebak dengan soalan-soalan yang di luar jangkaan mereka, terutama soalan mengenai pengetahuan am dan soalan yang memerlukan pendapat calon berkenaan isu-isu semasa.
2. Kenali Diri Anda dengan Baik (Pengenalan Diri)
Ini adalah salah satu soalan yang wajib dalam sesi temuduga. Sebelum anda ingin mempengaruhi panel penilai, anda perlu menguasai pengetahuan tentang diri anda sendiri terlebih dahulu. Nasihat saya ialah anda boleh menjalankan analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities, Threats) untuk mengenal pasti potensi dan kelebihan yang perlu ditekankan dalam sesi temuduga.
Contoh Analisis SWOT :
Kekuatan :
- Pengalaman kerja selama 2 tahun (dalam bidang jawatan yang dipohon)
- Diploma UM, Ijazah Sarjana Muda UKM
- Kemahiran dalam berkomunikasi (People Skill)
- Kemampuan untuk menerima dan melaksanakan arahan
Kelemahan :
- Bahasa Inggeris
- Microsoft Excel
Tujuan analisis SWOT ini adalah untuk membentuk gambaran pengenalan diri yang menonjolkan kelebihan calon dan memberi kelebihan kepada calon yang mampu mengaitkan potensi diri dengan skop kerja yang dipohon.
3. Menghadapi Kekurangan
Beberapa penemuduga suka mencari titik kelemahan dalam calon. Kadang-kadang terdapat situasi di mana kita terpaksa mengakui kelemahan atau ketidakmampuan kita.
Contoh situasi :
- Latar belakang akademik berbeza dengan bidang pekerjaan yang dipohon
- Tiada pengalaman kerja
- Ada pengalaman kerja tetapi tidak berkaitan dengan jawatan yang dipohon
Contoh soalan :
"Mengapa anda ingin menjadi seorang guru, padahal anda merupakan seorang graduan sains politik?"
Contoh jawapan :
"Terima kasih YBsh. Tuan atas soalan tersebut. Saya mengakui bahawa bidang pengajian saya berbeza dengan jawatan yang saya pohon. Namun, pada masa ini saya berkhidmat sebagai seorang pegawai di Syarikat EXS Petroleum dan Gas. Walaupun bidang ini berbeza dengan pengajian saya, saya telah memperoleh kecekapan dalam menjalankan tugas dan bertanggungjawab. Tuan boleh merujuk kepada surat sokongan daripada syarikat tempat saya bekerja sebagai rujukan. Sama seperti jawatan ini, jika diberi peluang, saya berjanji untuk menjadi seorang penjawat awam yang berintegriti dan guru yang berdedikasi."
4. Bersedia dan Jangan Melakukan
- Study (Mengetahui latar belakang Jabatan, syarikat, KSU, Menteri, dll.) ✅
- Research (Mengkaji sesi temuduga sebelumnya dan soalan-soalan yang mungkin ditanyakan) ✅
- Smarts (Penampilan) ✅
- Jangan mengajukan terlalu banyak soalan atau meminta panel mengulang soalan beberapa kali hanya untuk mendapatkan lebih banyak masa berfikir ❌
- Jangan berlebihan ❌
- Jangan berbohong atau bercakap kosong ❌
- Jangan meminta panel untuk menukar soalan ❌
5. Jika Anda Menang, Anda Menang. Jika Anda Kalah, Anda Belajar
Teruskan usaha dan cubaan anda, semoga tips ini memberikan manfaat kepada anda yang sedang berusaha mencari peluang yang lebih baik.
Penafian : Pendapat yang dinyatakan di sini adalah semata-mata pendapat penulis. Mereka tidak mencerminkan pendapat atau pandangan Pendidikan Page.