Permohonan Secara Besar-Besaran Untuk Isi 19,000 Kekosongan Guru Dibuka Hari Ini

 

Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 tahun 2023 oleh Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mengatasi masalah kekurangan guru membabitkan 19,000 kekosongan seluruh negara, bermula hari ini.

Program pengambilan khas SPP 2023 bertujuan untuk mengisi kekosongan jawatan guru tetap atau guru sementara terutamanya dalam empat mata pelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Pendidikan Islam.

Pengambilan Khas Perjawatan Guru One-off SPP 2023 (Permohonan mySPP 2023)

📌 Permohonan dibuka mulai hari ini, 7 April (Jumaat) hingga 21 April (Jumaat)
📌 Terbuka kepada semua pemegang ijazah, termasuk mereka yang tiada ijazah pendidikan
📌 Lantikan adalah secara tetap dan kontrak
Cara Mendaftar & Permohonan
1. Permohonan adalah boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MySPP melalui pautan https://myspp.spp.gov.my
2. Sila lengkapkan profil anda dan butiran-butiran yang diperlukan
Bilakah Tarikh Temuduga?
Untuk maklumat kepada semua temuduga dijangka akan dijalankan pada antara Jun dan Julai 2023. Calon boleh membuat semakan keputusan melalui pautan rasmi https://semakan.spp.gov.my/semakan/

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama