Hebahan Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) Calon Lantikan CoS Bagi Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Tahun 2023

Hebahan ini mengumumkan pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) dalam talian bagi calon yang dilantik secara Contract of Service (CoS) untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 pada tahun 2023. Ujian ini perlu diikuti sebelum sesi temu duga.

Calon-calon yang perlu menjalani eUKCG adalah :

  1. Graduan BUKAN PENDIDIKAN dari institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  2. Graduan BUKAN PENDIDIKAN yang mempunyai ijazah sarjana SELAIN Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Calon-calon dikehendaki melawat laman web berikut untuk menjalani eUKCG secara dalam talian :
https://ukcg.moe.gov.my

Pendaftaran bagi calon-calon perlu dilakukan dengan menggunakan nombor pin/kata laluan mulai dari 11 Mei 2023 hingga 17 Mei 2023 sebelum diberi akses untuk menjalani ujian.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, calon-calon boleh menghubungi :

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) - urusan eUKCG
03-8312 6731 / 6768 / 6760 / 6733 / 6693

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) - urusan pengambilan
03-8893 4019 / 4020

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama